DANA SOSIO EKONOMI JOHOR

MELALUI PUSAT JARINGAN KOMUNITI DAN INDUSTRI (SEJ@CCIN)

Dana bagi menghasilkan projek pemindahan ilmu/teknologi yang mempunyai nilai komersial serta dapat membantu meningkatkan tahap sosio-ekonomi masyarakat Negeri Johor dengan kerjasama daripada Jabatan/agensi kerajaan, Industri dan komuniti setempat.

Objektif

Dana ini bertujuan:

Menghasilkan projek pemindahan ilmu/teknologi yang mempunyai nilai komersial serta dapat membantu meningkatkan tahap sosio-ekonomi masyarakat Negeri Johor dengan kerjasama daripada Jabatan/agensi kerajaan, Industri dan komuniti setempat.

Syarat Umum Permohonan

  1. Permohonan adalah terbuka kepada projek-projek yang sedia ada atau projek-projek yang sedang berjalan yang mempunyai nilai untuk diketengahkan kepada komuniti.
  2. Program perlu melibatkan TIGA (3) entiti iaitu (1) Jabatan/agensi kerajaan Negeri Johor dan (2) komuniti setempat atau (3) Industri.
  3. Program mestilah menyumbang kepada peningkatan sosio-ekonomi komuniti negeri Johor.
  4. Projek yang dijalankan perlu mempunyai unsur pemindahan teknologi atau pemindahan ilmu kepada komuniti terlibat dan perlu mematuhi Polisi Pengurusan Libat Sama Komuniti Dan Hubungan Industri UTM.
  5. Pemilihan projek perlulah berdasarkan keperluan semasa di negeri Johor selari dengan dokumen Pelan Strategik Negeri Johor yang digunapakai oleh kerajaan Negeri Johor (Pelan Pembangunan Mampan Johor) atau isu yang dibangkitkan oleh komuniti.
  6. Setiap projek perlu mempunyai empat kriteria utama projek berimpak iaitu:
    • HIGH IMPACT (BERIMPAK TINGGI)
      Program/Projek yang dicadangkan memberi kesan/keberhasilan yang tinggi kepada kumpulan sasar.
    • LOW COST (KOS RENDAH)
      Kos untuk melaksanakan projek/program adalah lebih rendah berbanding dengan penggunaan kaedah konvensional/tradisional yang lazim diamalkan.
    • RAPID EXECUTION (PELAKSANAAN PANTAS)
      Projek/Program boleh dilaksanakan dengan kadar segera dan impak daripada projek/program boleh dicapai dengan pantas
    • SUSTAINABLE (MAPAN)
      Projek/Program mampu dilaksanakan secara berterusan oleh kumpulan sasar

Kelayakan Permohonan

  1. Ketua Program adalah staf akademik TETAP dan warganegara Malaysia
  2. Setiap projek perlu mempunyai ahli sekurang-kurangnya satu (1) orang staf Pengurusan Profesional dan Pelaksana (PPP).
  3. Ketua Projek hanya boleh menerajui SATU (1) projek sahaja.

Tempoh

  1. Tempoh projek adalah 18 bulan merangkumi 6 bulan pelaksanaan dan 12 bulan pemantauan.
  2. Setiap projek hanya dibenarkan memohon perlanjutan tempoh sehingga maksimum 3 bulan sekiranya perlu.

Amaun & Urus Tadbir Kewangan

  1. Jumlah maksima peruntukan yang boleh diluluskan untuk setiap proposal adalah tidak melebihi RM50,000.00.
  2. Agihan perbelanjaan dana adalah digalakkan 60 peratus bagi kos pelaksanaan aktiviti komuniti seperti bayaran makan dan
    cenderahati peserta, bahan program manakala 40 peratus untuk kos pengurusan dan pemantauan seperti perjalanan dan penginapan.
  3. Perbelanjaan adalah mengikut capping dalam v-siri.

Output

Output projek ini adalah seperti berikut:

  1. Laporan akhir 
  2. Projek berimpak 3-5 Bintang
  3. Sekurang-kurangnya 1 rakan industri dan 1 rakan agensi kerajaan bagi memenuhi elemen quadruple helix
  4. Menghasilkan sekurang-kurangnya 1 LOI/MOU/MOA bersama rakan kerjasama
  5. Hebahan berita program melalui medium rasmi CCIN
  6. Laporan Analisis keberkesanan program (beserta Video dan gambar beresolusi tinggi)

Lokasi

Program hanya boleh dijalankan di Negeri Johor sahaja.

Proses Permohonan

  1. Permohonan dibuka sepanjang tahun selagi peruntukan masih ada. 
  2. Setiap projek perlu menjalankan analisis keperluan di peringkat awal bagi menyokong perlaksanaan projek antaranya (dokumen sokongan)
    • Penerimaan projek oleh komuniti serta kesediaan untuk melibatkan diri, (surat kerjasama daripada komuniti/industri) dan
    • Kesesuaian lokasi
  3. Setiap permohonan perlu mengisi borang kertas kerja dan satu slaid ringkasan projek mengikut template telah disediakan yang boleh didapati di website rasmi CCIN
  4. Proposal dengan dokumen sokongan yang lengkap perlu dikemukakan kepada Pusat Jaringan Komuniti & Industri (CCIN)
    sebelum atau pada tarikh dan format yang ditetapkan.
  5. Penghantaran dokumen lengkap sebelum/selewat-lewatnya pada 5hb setiap bulan akan diproses pada bulan tersebut. Selepas tarikh tersebut, permohonan akan diproses pada bulan berikutnya.
  6. Kelulusan projek tertakluk kepada keputusan daripada Jawatankuasa Pengurusan Dana JTNCPI. Permohonan yang telah berjaya akan dimaklumkan oleh CCIN
  7. Projek yang berjaya perlu didaftarkan dengan lengkap di sistem ICESYS (https://icesys.utm.my/).
  8. Program yang telah diluluskan diwajibkan untuk memohon penarafan bintang pada tahun aktif program.

Penilaian Proposal

  1. Borang permohonan akan dinilai oleh Jawatankuasa Penilai yang dilantik oleh CCIN
  2. Bagi Projek yang telah disenarai pendek, satu sesi pembentangan akan diadakan.
  3. Segala keputusan tertakluk kepada keperluan dan fokus pembangunan ekonomi dan komuniti di Johor.

Pelaksanaan Projek

  1. Setiap projek perlu melaporkan perkembangan kepada CCIN setiap TIGA (3) bulan dari tarikh mula projek
  2. Bagi laporan akhir projek, satu sesi pembentangan laporan akhir akan dilaksanakan bagi projek yang telah selesai
  3. Setiap projek yang selesai perlu melaksanakan refleksi (post-mortem) bagi mengukur impak projek tersebut kepada komuniti. (Rujuk garis panduan penarafan bintang)
Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index