TARIKH AKHIR PERMOHONAN ATAS TALIAN
Day(s)
:
Hour(s)
:
Minute(s)
:
Second(s)
PEMBUKAAN DANA BAHARU KPM: DANA PROGRAM MALAYSIA SOCIAL INNOVATION (MySI)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Y.Bhg.Prof./Dr./Tuan/Puan,
Dimaklumkan bahawa, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) telah membuka pemohonan dana baharu iaitu DANA PROGRAM MALAYSIA SOCIAL INNOVATION (MySI) .
Maklumat lanjut berkaitan geran boleh rujuk laman web rasmi: https://www.mestecc.gov.my/web/mysi
MAKLUMAT GERAN
Pengenalan
Program Malaysia Social Innovation (MySI) merupakan salah satu Inisiatif MESTECC untuk menjana pendapatan bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat di kawasan kampung/ luar bandar melalui penggunaan teknologi sedia ada bagi memenuhi keperluan sosial.
Objektif
Meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat dengan keutamaan kepada golongan B40 melalui pelaksanaan projek aplikasi teknologi R&D tempatan berinovatif yang telah dibangunkan dan sedia dilaksanakan secara mampan.
Tempoh Permohonan
Tempoh permohonan Dana Program MySI 2020 telah dilanjutkan sehingga 7 April 2020
Permohonan Dana MySI boleh dimohon secara atas talian menerusi sistem eMySI di laman sesawang:Â https://emysi.mestecc.gov.my