GERAN KTP MRUN
ROLLING 1/2025
Skim geran ini bertujuan memperkukuhkan peranan Universiti dalam menyampaikan serta memindahkan ilmu yang dijana di universiti kepada industri dan komuniti sasaran, ke arah meningkatkan mutu produk, kualiti perkhidmatan dan kesejahteraan masyarakat.
Objektif
Dana ini bertujuan:
Skim geran ini bertujuan memperkukuhkan peranan Universiti dalam menyampaikan serta memindahkan ilmu yang dijana di universiti kepada industri dan komuniti sasaran, ke arah meningkatkan mutu produk, kualiti perkhidmatan dan kesejahteraan masyarakat.
Syarat Umum Permohonan
- Projek-projek berbentuk “one off” tidak akan dipertimbangkan.
- Setiap projek yang dipohon perlulah memasukkan Siswazah Pelatih bertujuan meningkatkan kebolehpasaran graduan dan keberkesanan penyampaian projek.
- Jumlah peruntukan yang dipohon hendaklah tidak melebihi siling yang telah ditetapkan dengan wajaran 40% peruntukan untuk aktiviti operasi (staf/perjalanan dan yang berkaitan) dan 60% kos projek untuk manfaat terus kepada komuniti.
- Kos projek akan dibiayai oleh geran KTP MRUN dan Dana Padanan daripada industri/komuniti serta organisasi menyumbang (kewangan atau bukan kewangan) sekurang- kurangnya 5-15% dari jumlah geran dipohon.
- Tempoh program mestilah tidak melebihi 18 bulan iaitu 12 bulan pelaksanaan dan 6 bulan pemantauan oleh Sekreteriat Pemantauan untuk mengukur keberkesanan projek.
Tempoh
- Tempoh program mestilah tidak melebihi 18 bulan iaitu 12 bulan pelaksanaan dan 6 bulan pemantauan oleh Sekreteriat Pemantauan untuk mengukur keberkesanan projek.
Penunjuk Prestasi Utama (KPI)
KPI PENDIDIKAN:
- Pencapaian akademik meningkat
- Kemahiran pelajar bertambah
- Kepuasan program baik
- Integrasi teknologi & inovasi PdP
- Lantikan Siswazah Terlatih
KPI KEUNTUNGAN EKONOMI
- Pendapatan meningkat
- Peluang pekerjaan lebih baik
- Perniagaan berkembang
- Kemahiran & teknologi diperkasa
- Lantikan Siswazah Terlatih