Dimaklumkan Kerajaan Malaysia telah berjaya melaksanakan pelbagai inisiatif di bawah program NBOS dan kejayaan ini wajar dikongsi bersama di peringkat antarabangsa disamping mempelajari daripada pengalaman negara-negara lain dalam melaksanakan program inovasi berimpak tinggi.
Justeru itu, sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan akan menganjurkan Hari Terbuka NBOS (NBOS Day) dan International Conference on Blue Ocean Strategy (ICBOS) pada 14 – 20 Ogos 2016 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.
Pelbagai program telah dirancang termasuk International Conference on Blue Ocean Strategy (ICBOS) yang akan berlangsung pada 16-17 Ogos 2016. Sehubungan itu semua staf dan pelajar adalah dijemput menghadiri persidangan ini.
Pendaftaran masih dibuka dan dibuat secara atas talian melalui http://my.eregnow.com/ticketing/register/icbos
Sokongan dan kerjasama semua untuk menghadiri persidangan ini amat dihargai dan diucapkan terima kasih.