Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (Centre for Community & Industry Network, CCIN) UTM bertanggungjawab untuk melaksanakan penilaian penarafan bintang (Star Rating) terhadap projek pemindahan ilmu / teknologi yang telah dilaksanakan oleh Universiti sepanjang tahun.

Ianya bagi mengukur keberkesanan projek, impak dan manfaat serta perubahan sosial atau ekonomi terhadap komuniti agar lebih lestari. Pelaksanaan penilaian ini telah menjadi salah satu elemen BONUS di dalam Penilaian Prestasi Staf Akademik secara atas talian (eLPPT). Markah bonus bagi e-LPPT (minimum 2, maksimum 10) akan diberikan kepada Ketua Penyelidik dan ahli projek berdasarkan rating yang telah dicapai.

Sehubungan dengan itu, dimohon kerjasama semua Ketua Penyelidik yang telah mendaftar projek pemindahan ilmu / teknologi di RADIS bagi tahun 2018 untuk mengisi borang Community Engagement Impact Rating Form (CEIR) di TAB STAR RATING, RADIS pada geran penyelidikan yang telah didaftarkan.

Semua permohonan perlu dilampirkan dengan bukti-bukti yang dikehendaki seperti di dalam borang CEIR dan perlu disahkan oleh Penolong Dekan, Hubungan Luar dan Global, fakulti. Seterusnya memuat naik dokumen ke sistem RADIS sebelum atau pada 15 September 2018 untuk semakan sekretariat dan kelulusan Jawatankuasa Libatsama Universiti 2018. Di bawah merupakan tempoh masa yang ditetapkan :-

TARIKH PENTING :

  1. Pendaftaran Projek Baru dan semakan: Sehingga 31 Ogos 2018
  2. Memuat naik BORANG CEIR dan dokumen sokongan di tab Star Rating, RADIS: Sehingga 15 September 2018
  3. Semakan dokumen oleh Sekretariat: 1 – 15 November 2018
  4. Pembetulan oleh Ketua Projek: 15 – 30 November 2018
  5. Kelulusan Jawatankuasa Libatsama Universiti: Disember 2018
  6. Keputusan Penuh di RADIS :Bermula 1 Januari 2019

Dengan ini dilampirkan borang CEIR dan proses kerja pelaksanaan penarafan bintang untuk tindakan dan perhatian semua. Ketua Penyelidik boleh berhubung dengan Unit Komuniti CCIN, Puan Siti Nur Hafizah Soid, siti_nurhafizah@utm.my dan Pn Habsah Jambari, habsahj@utm.my, ditalian Hotline CCIN 019-7510159 untuk sebarang maklumat lanjut.

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index