Program Demand-Driven Innovation Project bertujuan mewujudkan knowledge friendly ecosystem di mana pihak industri dihubungkan dengan IPT dan Institusi penyelidikan. Usaha ini masih berterusan bagi tahun 2015 dan PPRN masih menerima permasalahan teknologi yang baru daripada industri untuk cadangan penyelesaian. Semua penyelidik dijemput untuk menyertai cadangan penyelesaian permasalahan teknologi yang baru ini dan menghadiri Workshop Demand-Driven Innovation Project by Public Private Research Network yang akan diadakan pada ketetapan seperti berikut :-
Tarikh : 25 Mei 2015 (Isnin)
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Al- Baitar 1 & 2
Unit Keusahawanan
Kementerian Pendidikan Malaysia
(Sektor Pengajian Tinggi)
Aras 13, No.2, Menara 2
Jalan P5/6 Presint 5
62200 WP Putrajaya
Agenda : Rujuk tentatif jadual
Sehubungan itu, bersama-sama ini dikemukakan senarai permasalahan teknologi yang baru dan dikemaskini.
Sila klik di pautan berikut untuk memuat turun senarai permasalahan teknikal oleh pihak Industri, dan template kertas cadangan :-
1. PPRN BATCH MEI 2015
Bagi penyelidik yang berminat untuk menyertai bengkel, sila maklumkan kehadiran anda dengan miengisi Registration of Interest (Lampiran A2) dan maklumakan kepada sekretariat selewat-lewatnya 22 Mei 2015 (Jumaat) melalui emel :- pprn@moe.gov.my atau faks : 03-8870 6900