Sukacita dimaklumkan bahawa susulan daripada kejayaan projek rintis Take-Off Innovation Project pada 16 hingga 18 Jun 2014 lalu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan meneruskan projek ini bagi siri kedua tahun 2014 dengan menggunakan nama Demand-Driven Innovation Project by Public-Private Research Network (PPRN).
Sehubungan itu, penyelidik-penyelidik daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) adalah dijemput untuk menyertai workshop program tersebut yang akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 17 hingga 20 November 2014 (Isnin hingga Khamis)
Masa : 8.30 pagi – 5.30 petang
Tempat : Anjung Menara Razak, Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTM KL)
Jalan Semarak, 54100 Kuala Lumpur.
Objektif utama bengkel adalah untuk menemukan pihak industri dengan para penyelidik dari IPT dan lain-lain institusi, untuk memberi cadangan bagaimana penyelidik dapat menyelesaikan masalah pihak industri.
Selama 2 hari pertama, pihak industri akan membentangkan permasalahan mereka dan mengadakan perbincangan lanjut dengan penyelidik. Pada hari akhir, para penyelidik akan mengemukakan cadangan penyelesaian kepada pihak industri. Pada akhir program, cadangan penyelesaian akan disenarai pendek untuk pertimbangan pembiayaan projek oleh KPM.
Sehubungan dengan itu, dilampirkan adalah senarai permasalahan oleh pihak industri. Adalah amat diharapkan agar wakil RA / CoE dapat menghadiri sesi pembentangan industri dan turut serta dalam projek Demand- Driven Innovation Project by Public-Private Research Network ini.
—–
NUR AMIRAH BT ABDUL MUIN
Unit Keusahawanan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 13, No.2, Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P. Putrajaya
Tel : 03-8870 4330
Fax : 03-8870 6900
Email : amirah.muin@moe.gov.my