Pihak Universiti melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan UTM Bil.13/2016 bertarikh 30 Jun 2016 bersetuju melaksanakan Program Syarahan Perdana oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam di Universiti Teknologi Malaysia.
2.   Sehubungan dengan itu, Universiti Teknologi Malaysia dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) akan menganjurkan Program Syarahan Perdana UTM yang bakal disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi bin Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dengan butiran seperti berikut :-
Tarikh : 24 Julai 2016 (Ahad)
Masa  : 9.15 pagi- 12.30 tengah hari
Tempat : Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru
3.   Justeru, YBhg. Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar, Naib Canselor serta Pengurusan Universiti dengan penuh takzim menjemput semua staf dan pelajar Universiti bersama-sama menjayakan program syarahan perdana ini. Kehadiran staf adalah DIWAJIBKAN dan akan direkodkan sebagai mata CPD ke dalam sistem kehadiran UTMSMILE.
4.  Kerjasama dan jasa baik Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ/Bahagian) amat diharapkan untuk membuat hebahan jemputan ini kepada semua staf akademik, staf pengurusan dan profesional, staf pelaksana serta pelajar bagi bersama-sama menjayakan program syarahan perdana ini. Maklumat lanjut program boleh diperoleh melalui Urus Setia Program di talian 07-5537696/37731/37679, Seksyen Pembangunan, Bahagian Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar.
sumber :-
Seksyen Pembangunan
Bahagian Sumber Manusia
Pejabat Pendaftar
Universiti Teknologi Malaysia
81310 UTM Johor Bahru
Tel  : 07-55 37696 / 37731 / 37679
Fax  : 07-55 85821
TERKINIÂ :-
Berita lanjut sila layari :-