Dalam kesederhanaan menyambut menjelangnya bulan Syawal 1437H, marilah kita bersama menghargai kemenangan Ramadhan dengan menyatakan rasa syukur kita kepadaNYA dengan bertakbir, bertasbih dan bertahmid; dan ucap selamat kepada kedua ibu bapa, sanak saudara, sahabat handai, jiran tetangga dan tidak lupa kepada “stakeholder” kita yang telah banyak menyumbang kepada keberadaan institusi kita ke tahap ini.
Bagi menambahkan keceriaan sambutan Syawal ini, Pejabat Hal Ehwal Korporat telah menyediakan kad digital UTM yang boleh diakses terus menerusi pautan http://www.utm.my/?ecard=salam-aidilfitri
Kami menyediakan beberapa reka bentuk kad digital yang menarik dan kad ini boleh dikirimkan dengan melengkapkan nama (nama sebenar ataupun nama panggilan), alamat emel pengirim dan penerima; dan mesej ucap selamat.
Kami berharap agar semua warga UTM akan memanfaatkan penggunaan kad ini untuk meluaskan jaringan komunikasi dalam membina hubungan dua hala yang lebih akrab dan harmoni.
sumber : Pejabat Hal Ehwal Korporat