BATU PAHAT, 3 Ogos – Universiti Teknologi Malaysia telah dilantik sebagai salah satu rakan kolaborasi Akademi Sains Malaysia (ASM) selaku Agensi Peneraju bagi melaksanakan program MSN 2019 di negeri Johor dengan kerjasama kerajaan negeri bersempena dengan program Minggu Sains Negara yang berlangsung di Dewan Orang Ramai Parit Raja, Batu Pahat.
Antara pengisian program Minggu Sains Negara (Johor) yang berlangsung di Batu Pahat adalah aktiviti seperti pameran, hands-on activity, pocket talk dan engagement session yang bertujuan untuk menyemai kesedaran dan mendidik pengunjung terhadap isu semasa yang berkaitan dengan STI seperti pemelihaaan alam sekitar, pendidikan STEM dan sebagainya agar pengetahuan yang diperolehi dipraktikkan dalam kehidupan seharian seterusnya memberikan kesan positif terhadap masyarakat. Program Minggu Sains Negara telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Aminolhuda Bin Haji Hassan iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains Dan Teknologi.