BENTONG, PAHANG ;  11 OGOS 2018 – Univesiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menerima undangan daripada Sekolah Kebangsaan (SK) Janda Baik bagi menjayakan program pelancaran Kelab Robotik dan sesi menandatangani Sijil Jalinan Libatsama Komuniti bertempat di balai raya Kampung Janda Baik. Majlis telah dirasmikan oleh Dato Ir Khalilur Rahman bin Ebrahim selaku penaung kelab. Sesi menandatangani Sijil Jalinan Libatsama Komuniti dengan UTM telah diwakili oleh Pn. Ramona Abd. Rahim, Timbalan Pengarah Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN) dan En. Johari Sidek, Guru Besar SK Janda Baik. Jalinan libatsama komuniti ini turut melibatkan MJIIT dan Fakulti Teknologi dan Informatik Razak.
SK Janda Baik telah memohon bantuan UTM dalam meningkatkan kefahaman serta menarik minat pelajar dalam bidang kejuruteraan robotik disamping menyediakan pelajar bagi menyertai pertandingan robotik peringkat negeri Pahang. Sesi konsultasi serta kursus pendedahan dan perkongsian kepakaran kejuruteraan robotik kepada 10 orang pelajar yang diiringi oleh 3 orang guru di makmal robotik MJIIT yang diketuai oleh Dr. Azizi Abdul Rahman, pensyarah kanan MJIIT dan diselia oleh Dr. Siti Zura A. Jalil @ Zainuddin telah diadakan pada 26 April yang lepas.

Rombongan dari UTM juga diwakili oleh Dr. Sahnius Usman, Ketua Jabatan Kejuruteraan Pusat Pengajian Diploma SPACE dan Dr. Nurul Huda Ahmad, Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi dan Informatik Razak serta 4 orang pelajar ahli Kelab Penyelidikan dan Inovasi selaku pempamer yang memberi peluang pelajar-pelajar SK Janda Baik berinteraksi dan berhibur  dengan Robot NAO semasa program berlangsung.

Pendedahan dan kesedaran terhadap bidang STEM yang diterapkan telah memberi kesan yang mendalam kepada pelajar dan guru SK Janda Baik sehingga tercetusnya idea untuk menubuhkan Kelab Robotik. Diharapkan akan ada lebih banyak lagi sekolah di kawasan pendalaman yang akan turut mengikut jejak langkah SK Janda Baik. UTM sentiasa komited untuk membantu komuniti bagi menjayakan pelbagai program libatsama secara perkongsian kepakaran dan mengharapkan ianya akan memberi impak terbaik kepada komuniti yang lebih besar.

Pihak CCIN mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan dan kerjasama yang diberikan oleh setiap PTJ yang mengambil bahagian dalam menjayakan program ini. Adalah diharap agar PTJ lain juga dapat mengambil peluang untuk menyumbang mengikut kepakaran dan kemampuan masing-masing pada program akan datang. Justeru itu, kepada warga kampus UTMKL yang berhasrat untuk menjalin sinergi dengan pihak CCIN, penglibatan bersama amatlah digalakkan. Sebarang pandangan serta idea berhubung konsep atau bentuk perlaksanaan program boleh dipanjangkan kepada pihak urusetia di talian 03 26154500 – En. Muhammad Irham Sauti atau En. Mohd Zuhaili.

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index