Penyelidik UTM Yang Dihormati,
TAKLIMAT PEMBUKAAN GERAN TRANSFORMASI EKONOMI (SOCIAL TECH. NEXUS)
Sukacita dimaklumkan, Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN) akan membuka permohonan geran baru iaitu GERAN TRANSFORMASI EKONOMI (SOCIAL TECH. NEXUS) -STN bagi Tahun 2022 dengan jumlah siling permohonan bernilai RM30,000.00 bagi satu projek.
Objektif geran STN adalah bertujuan untuk membantu kepada penyelesaian masalah komuniti melalui inovasi teknologi
Tarikh permohonan akan dibuka mulai 15 April 2022 hingga 31 Mei 2022
Sehubungan dengan itu, Pusat Jaringan Komuniti & Industri (CCIN) akan mengadakan sesi taklimat untuk menerangkan garis panduan serta tatacara permohonan geran tersebut seperti ketetapan di bawah:
Tarikh : 18 April 2022 (Isnin)
Masa: 10:00 pagi
Platform: Webex (KLIK DISINI UNTUK MENYERTAI ) Link akan di buka semasa sesi berlangsung.
Maklumat lanjut berkaitan geran boleh rujuk pada link di bawah.
Semua penyelidik UTM dijemput hadir. Kehadiran semua amat kami hargai.
Terima Kasih