Adalah dimaklumkan, Permohonan Geran Dana Kerajaan Negeri Johor untuk Projek Komuniti bagi Tahun 2017 telah berakhir pada 25 Januari 2016. Oleh yang demikian, permohonan bagi dana ini adalah DITUTUP dan permohonan selepas ini tidak akan diproses.
Pihak Sekretariat Institut Inovasi Strategik Johor (IISJ) mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga akademik UTM yang telah menunjukan minat untuk sama-sama memberi sumbangan kepakaran dalam membantu meningkatkan taraf ekonomi dan kesejahteraan rakyat Negeri Johor.
Untuk makluman, pihak sekretariat akan mempaparkan senarai permohonan yang telah diterima dalam masa 2 minggu bagi tujuan semakan.
Sekiranya permohonan Y.Bhg. Prof. /Prof Madya/ Dato’/Dr./Saudara tidak tersenarai, mohon maklumkan semula kepada pihak sekretariat IISJ.
Selain itu, segala perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Sekian harap maklum.