Olimpiad Matematik Antarabangsa (International Mathematical Olympiad) merupakan salah satu pertandingan penyelesaian Matematik yang berprestij di peringkat dunia. Pertandingan Matematik ini adalah program yang sangat kompetitif di mana para peserta akan menduduki ujian menyelesaikan masalah Matematik tahap tinggi. Sebagai persiapan awal sebelum menghadapi pertandingan tersebut, satu pertandingan Olimpiad Matematik Universiti Awam 2016 (OMUA 2016) yang melibatkan semua universiti awam di Malaysia akan diadakan di Universiti Putra Malaysia pada 26 November 2016.
Pertandingan yang julung-julung kali dianjurkan di peringkat universiti awam ini merupakan satu pendedahan awal dan kesedaran kepada masyarakat tentang adanya pertandingan Olimpiad Matematik peringkat universiti di luar negara. Oleh itu, Â JABATAN SAINS MATEMATIK, FAKULTI SAINS, UTMÂ akan menganjurkan pertandingan di peringkat universiti bagi mengenalpasti calon-calon pelajar yang berkelayakan untuk mewakili universiti dan seterusnya bertanding di peringkat kebangsaan bersama-sama 20 universiti awam yang lain.
Peringkat :-
- Saringan Pertama : 24 September 2016 (di UTM)
- Saringan Akhir : 15 Oktober 2016 (di UTM)
- Pertandingan Akhir : 26 November 2016 (di UPM)
- Mencari calon-calon dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang berkebolehan tinggi dalam Matematik bagi kejohanan Olimpiad Matematik Universiti Awam 2016 (OMUA 2016).
- Menggalakkan dan mengembangkan kemahiran menyelesaikan masalah Matematik dengan kreatif dalam kalangan pelajar universiti.
- Memberi peluang kepada para pelajar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk menyertai kejohanan IMO 2017.
Syarat Kelayakan :-
- Warganegara Malaysia
- Peserta pertandingan ini merupakan pelajar Pra-Siswazah Tahun 1, 2 atau 3 yang mendaftar secara sepenuh masa di UTM.
- Terbuka kepada semua fakuti di UTM.
- Tiada sebarang yuran dikenakan.
Maklumat sila klik : www.science.utm.my/utmo2016
Tarikh tutup pendaftaran pada 15 September 2016.
sumber :
Jawatankuasa Taskforce Olimpiad Matematik UTM 2016
Dr. Shariffah Suhaila Syed Jamaludin
Jabatan Matematik Sains, Fakulti Sains,
UTM Johor Bahru.
No. Telefon : +607-55 34317
No. Telefon Bimbit : 019-731 4317
Fax : +607-55 66162
Emel : suhailasj@utm.my