KUALA LUMPUR ; 23 MAC 2018 – Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL) melalui Akademi Bahasa dengan kerjasama Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN)  telah menganjurkan program Big Fun English sempena cuti Sekolah yang lalu. Program ini mengambil inisiatif Community Engagement (CE) selaras dengan teras strategik universiti dalam Plan Global 50 iaitu ‘Sumbangan terbaik kepada Komuniti’ dan ‘Memasyarakatkan Universiti’ dimana UTMKL akan sentiasa bersiap sedia memberi khidmat kepada komuniti di sekitarnya dalam pelbagai bidang.

Program yang disertai oleh 48 peserta cilik yang berumur diantara 7 hingga 12 tahun ini bertujuan memberi pendedahan tentang UTM dan melibatkan mereka dengan pembelajaran menyeronokkan melalui permainan di atas talian. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program satu hari ini ialah Fun With Robot di Makmal Robotik (MJIIT), Let’s Fly di Fakulti Kejuruteraan & Aeronautikal (TNCPI), Let’s Make it di Institut Kebisingan dan Getaran  (TNCPI), The Galleria di Perpustakaan UTM Kuala Lumpur, Movie Trivia dan Kahoot game di Makmal 4, Akademi Bahasa. Rata-rata, para peserta masing-masing sangat berpuas hati dan sangat gembira kerana dapat menyertai program ini. Ibu bapa peserta juga berharap program yang bermanafaat ini dapat diteruskan dimasa hadapan.

Pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan dan kerjasama yang diberikan oleh setiap PTJ yang mengambil bahagian untuk menjayakan program ini. Adalah diharap agar PTJ lain juga dapat mengambil peluang untuk menyumbang mengikut kepakaran dan kemampuan masing-masing pada program-program mendatang. Justeru itu, kepada warga kampus UTMKL yang berhasrat untuk menjalin sinergi dengan pihak CCIN, penglibatan bersama amatlah digalakkan.

Sebarang pandangan serta idea berhubung konsep atau bentuk perlaksanaan program boleh dipanjangkan kepada pihak urusetia di talian 03 2615 4500 – En. Hazly Ja’apar.

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index