KUALA LUMPUR, 26 Julai 2016 – Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL) melalui Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN) telah berkolaberasi bersama SMK Seri Keramat bagi mengadakan program libatsama komuniti dengan menggunakan kepakaran UTMKL. Program ini mengambil inisiatif ‘Community Engagement’(CE) selaras dengan teras strategik universiti dalam Plan Global 50 iaitu ‘Sumbangan terbaik kepada Komuniti’ dan ‘Memasyarakatkan Universiti’
Pada kali ini, sempena Hari Kem Bersepadu Badan Beruniform SMK Seri Keramat 2016, Pusat Kesihatan Universiti (PKU) mewakili UTMKL diketuai oleh Dr. Azizah Hj. Abdul Rahman bersama 4 orang staf PKU telah mengadakan demo Cardiopulmonary Resuscitation (CPR). Program ini adalah kesinambungan dari Program Libatsama Komuniti UTMKL bersama SMK Seri Keramat yang dijangka berlangsung selama 4 ke 5 bulan secara berperingkat-peringkat. Program ini bermatlamat untuk memberi pendedahan kepada murid-murid cara melakukan CPR yang betul serta menerangkan betapa pentingnya tindakan 3C (Check, Call and Compress) ketika kejadian kecemasan sebenar berlaku.
Kehadiran UTMKL dalam program ini mendapat pujian serta penghargaan dari komuniti SMK Seri Keramat yang mana mereka berasa sangat berterima kasih diatas perkhidmatan yang diberikan serta ilmu yang dikongsikan disepanjang program. Ini dapat dibuktikan dengan kehadiran jumlah penglibatan peserta semasa demo CPR dijalankan. Adalah diharap agar PTJ lain dapat mengambil peluang untuk memberi perkhidmatan serta berkongsi ilmu pada program-program mendatang agar kehadiran UTMKL dapat dirasakan dan terkesan dihati komuniti setempat.