Fakulti Tamadun Islam dengan kerjasama persatuan WANGI UTM Kuala Lumpur dan Yayasan Musa-Asiah Integrated School (YASMA) Kemboja akan menganjurkan program Pembangunan Pendidikan dan Khidmat Komuniti Kemboja bermula pada 30 Oktober hingga 4 November 2016.
Program ini adalah bertujuan bagi menyumbang serta berkongsi kepakaran ke arah mempertingkatkan kualiti hidup masyarakat Islam Kemboja menerusi pembangunan pendidikan dan khidmat komuniti.
Sehubungan dengan itu, semua adalah dijemput untuk turut serta dan menyumbang bagi menjayakan program tersebut di atas.
Sumbangan akan dikecualikan daripada Cukai Pendapatan di bawah seksyen 44[6] Akta Cukai Pendapatan 1967.
sumber :
Pn. Zaharah Mustaffa
Pengerusi
WANGI UTM Kuala Lumpur
emel : zaharah.kl@utm.my