Universiti Teknologi Malaysia melalui Institut Inovasi Strategik Johor (IISJ) dengan kerjasama Pusat Inovasi dan Komersial akan menganjurkan Program Pengenalan Sistem Molluscure di Mukim Ayer Baloi. Majlis ini akan dirasmikan oleh Datuk Hj. Ahmad bin Hj Maslan, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri seperti ketetapan berikut :-

Tarikh     :   14 Januari 2017 (Sabtu)
Masa        :   10:00 pagi – 5:00 petang
Tempat   :   Kawasan Restoran Nelayan, Pengkalan Ayer Baloi

Mukim Ayer Baloi telah terpilih untuk dijadikan tempat bagi rawatan kerang menggunakan sistem Molluscure yang dibangunkan oleh penyelidik UTM. Tujuannya ialah untuk mendedahkan teknologi ini kepada golongan sasar iaitu nelayan penternak spesis moluska terutama kerang yang mempunyai potensi pasaran yang sangat luas. Molluscure™ ialah sistem yang direka cipta untuk menyingkirkan logam toksik daripada spesis moluska seperti kerang, kupang, dan tiram bagi menepati piawaian kandungan logam yang dibenarkan standard.

Sistem ini telah dipatenkan oleh penyelidik-penyelidik UTM diketuai oleh Prof. Dr. Abdull Rahim Mohd Yusoff, dianggotai oleh Prof. Dr. Wan Azelee Wan Abu Bakar, Prof. Madya Dr. Razali Ismail, Dr. Faizuan Abdullah dan Ihsan Wan Azelee. Sistem ini juga telah dilesenkan untuk dikomersialkan kepada syarikat Focus Industrial System Sdn. Bhd.

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index