Ketua Projek           Dr. Jamarosliza Jamaluddin
Fakulti                 Bio-Polymer Research Group (BRG), UTM
Tempat                         Kampung Semaloi, Endau, Johor
Tarikh Mula              27 Jun 2016
Tarikh Tamat            31 Disember 2016
Peruntukan                 RM40,000.00
Objektif
- Meningkatkan taraf hidup para petani di Kg Semaloi dengan menjana pendapatan tambahan dengan menukarkan bahan buangan seperti sekam dan jerami padi kepada bahan yang boleh dijual.
- Menyelesaikan masalah pencemaran udara hasil daripada pembakaran sisa sekam dan jerami padi.
- Memindahkan teknologi penghasilan pengisi oleh pakar dari UTM kepada para petani di Kg. Semaloi.
Jangkaan Impak
- Menjana pendapatan tambahan daripada sisa buangan padi khususnya sekam dan jerami padi.
- Dapat mengurangkan pembakaran terbuka dari sekam dan jerami padi yang menyebabkan pencemaran udara.
- Menerima manfaat adalah 2 kali setahun.
High Impact
- Sumber pendapatan para petani dianggarkan akan meningkat dari RM 1000 sebulan hasil daripada jualan padi kepada minimun RM 1200 sebulan tambahan daripada penjualan pengisi dari sekam dan jerami padi.
- Membantu meningkatkan taraf sosial para petani dengan ilmu yang baharu (ilmu penghasilan pengisi daripada sekam dan jerami padi).
- Menukarkan bahan buangan kepada sesuatu yang berguna dan bernilai.
Low Cost
- Bahan utama yang digunakan bagi program ini adalah daripada Bahan buang dari padi (sekam dan jerami padi) sepenuhnya yang tidak memerlukan modal untuk membelinya.
- Modal hanya diperlukan hanya sekali sahaja bagi tujuan pembelian alatan mekanikal seperti pengisar dan pengasing.
- Kos penghasilan pengisi daripada bahan buangan adalah lebih murah berbanding dengan kos untuk menghasilkan pengisi sintetik.
Sustainable
- Pembakaran sekam dan jerami padi dapat dielakkan dan kadar pencemaran udara dapat dikurangkan.
- Bidang yang baharu yang berpotensi dapat diterokai dan dikembangkan.
- Bahan prasiap (pengisi) yang dihasilkan oleh para petani berpotensi untuk dijadikan baja, dedak, kertas dan bahan komposit.
Rapid Exe
- Kerja dan proses mengisar dan pengasingan yang mudah dan singkat untuk penghasilan pengisi.
Ahli Kumpulan
- Dr. Jamarosliza Jamaluddin
- Dr. Nadia Adrus
- Dr. Rohah Abd. Majid
- Dr. Roshafima Rasit Ali
- Dr. Lai Jau Choy