KUALA LUMPUR ; 26 APRIL 2018 – Univesiti Teknologi Malaysia (UTM) sentiasa komited untuk membantu komuniti bagi menjayakan pelbagai program libatsama secara perkongsian kepakaran dan mengharapkan ianya akan memberi impak terbaik kepada komuniti yang lebih besar. Penggunaan peralatan serta memanfaatkan kepakaran sedia ada di Universiti merupakan satu cara Universiti dan komuniti bersama dalam menjayakan Pelan Global 50 iaitu ‘Memasyarakatkan Universiti’. Oleh yang demikian Pusat Jaringan Komuniti dan Industi (CCIN) yang berfungsi sebagai penghubung universiti dan komuniti telah bersetuju untuk menerima kunjungan dari SK Janda Baik, Bentong, Pahang bagi menjayakan program libatsama komuniti berbentuk perkongsian kepakaran dalam bidang kejuruteraan robotik.
Program yang disertai oleh 7 pelajar dari SK Janda Baik diiringi oleh Guru Besar serta 2 orang guru telah disambut oleh Timbalan Pengarah CCIN Pn. Ramona Abd. Rahim mewakili universiti. UTM dimaklumkan kunjungan ini adalah merupakan persediaaan sekolah bagi menyertai pertandingan robotik peringkat negeri Pahang yang akan berlangsung pada bulan Julai 2018. Sekolah juga memohon bantuan UTM dalam meningkatkan kefahaman serta menarik minat pelajar dalam bidang kejuruteraan robotik. Program yang dijalankan di Makmal Robotik, MJIIT telah diketuai oleh Dr. Azizi Abdul Rahman, pensyarah kanan MJIIT dan diselia oleh Dr. Siti Zura A. Jalil @ Zainuddin, pensyarah kanan Razak School. Turut membantu adalah 2 orang mahasiswa MJIIT UTM, Iman Muhammad Izam Shah dan Ahmad Muaz Abd Muttlib. Antara aktiviti yang dijalankan adalah taklimat berkaitan kejuruteraan robotik versi 2.0 hingga 4.0 serta pendedahan kepada pelajar berkaitan asas mencipta robot menggunakan lego Mindstorms secara hands on. Selain itu, pelajar juga diberi peluang berinteraksi dan berhibur dengan robot now semasa program berlangsung.
Pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan dan kerjasama yang diberikan oleh setiap PTJ yang mengambil bahagian dalam menjayakan program ini. Adalah diharap agar PTJ lain juga dapat mengambil peluang untuk menyumbang mengikut kepakaran dan kemampuan masing-masing pada program akan datang.
Justeru itu, kepada warga kampus UTMKL yang berhasrat untuk menjalin sinergi dengan pihak CCIN, penglibatan bersama amatlah digalakkan. Sebarang pandangan serta idea berhubung konsep atau bentuk perlaksanaan program boleh dipanjangkan kepada pihak urusetia di talian 03 26154500 – En. Hazly Ja’apar.