SKUDAI  JOHOR BAHRU ; 5 JUN 2017 – Satu Sesi Temuduga Program Seeds For The Future 2017 antara Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Huawei Technology (M) Sdn. Bhd telah diadakan  dan UTM telah menjadi hos kepada penempatan temuduga ini.
Penganjuran program kali ke-4 ini adalah merupakan program flagship CSR Huawei Technology (M) Sdn. Bhd. dalam membangunkan bakat ICT di dalam negara, pemindahan ilmu, mempertingkatkan pemahaman dan minat pelajar dalam bidang ICT.
Huawei Technology (M) Sdn. Bhd. telah menawarkan lawatan sambil belajar ke China selama 2 minggu dan ditanggung sepenuhnya. Hanya seramai hanya 15 orang pelajar dari seluruh negara akan dipilih untuk mengikuti program ini.
Seramai 19 orang calon telah hadir ke temuduga bagi Zon Selatan yang terdiri daripada 14 orang pelajar UTM, 2 orang pelajar UTHM dan 3 orang pelajar UteM bermula 9.00 pagi hingga 5.30 petang, bertempat di Bilik Mesyuarat 2, Aras 3, Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ) UTM Johor Bahru.
Seramai 3 orang panel penemuduga iaitu En. Subramaniam A/L Krishnasamy dan En. Shahrul Nizam Ahmad daripada Bahagian Hubungan Industri (BHI) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) serta En. Simon Ng daripada  Huawei Technology (M) Sdn. Bhd. telah mengendali temuduga tersebut.
Program seumpama ini diharap dapat melahirkan pelajar berkemahiran di dalam bidang ICT seterusnya mengukuhkan kolaborasi akademia-industri bagi jangka masa panjang.