Program Seminar Antarabangsa Industri Kecil dan Sederhana Johor-Riau ini terbuka kepada semua serta usahawan IKS bertujuan untuk membincangkan perubahan yang perlu dilakukan dalam pemasaran, pembungkusan, penjenamaan, penyampaian dan khidmat pelanggan dalam industri IKS. Program ini akan dijalankan dalam bentuk seminar, lawatan tapak perniagaan dan bengkel pemantapan di mana peserta akan didedahkan dengan pengurusan housekeeping yang meliputi kebersihan dan kesihatan, kemahiran dalam perhubungan, pengurusan kewangan dan pembinaan jaringan melalui media sosial. Program ini turut disertai oleh peserta daripada Riau, Indonesia dalam kajian Alam Sekitar. Industri IKS yang diberikan tumpuan dalam program ini adalah Pengurusan Sisa Kanji bagi Perusahaan Kerepek, Kertas Nanas (Pinapaper) dan Madu Kelulut.
Sebarang pertanyaan atau pendaftaran, sila hubungi Pn. Shafinaz Mohd Yusof di talian 07-55 38034 / 011-2755 0265 emel sp-shafinaz@utm.my atau En. Mohammad Rozaleigh Othman di talian komuniti 07-55 37556 / 019-785 2004 emel rozaleigh@utm.my