KUALA LUMPUR, 30 Ogos 2016 2016 – Seramai 760 orang peserta yang terdiri daripada ibu bapa, murid tahun 6, dan guru-guru dari sembilan (9) buah sekolah sekitar Parlimen Setiawangsa telah menyertai Program Solat Hajat Perdana UPSR 2016 pada 30 Ogos 2016 yang lalu.
Program yang dirasmikan oleh En. Azhar bin Md. Kasim wakil rasmi Ahli Parlimen Setiawangsa ini merupakan salah satu pengisian dalam program UTM Bersama Komuniti, Berkongsi Aspirasi (UTM BESTARI ’16) kelolaan Pejabat Pendaftar UTM Kuala Lumpur (PPUTMKL) dengan kerjasama Pusat Islam dan Pejabat Hal Ehwal Korporat UTMKL. Kali ini sekolah  yang terlibat ialah Sek. Keb. Polis Depot, Sek. Keb. Padang Tembak 1, Sek. Keb. Padang Tembak 2, Sek. Keb. Kementah, Sek. Keb. Jln Gurney 1, Sek. Keb. Jln Gurney 2, Sek. Keb. Desa Tun Hussein, Sek. Keb. Seri Bonus, dan Sek. Keb. Jln Raja Muda.
Selain solat hajat dan bacaan Surah Yaasin, ada diselitkan juga sesi ceramah motivasi oleh penceramah berpengalaman bagi membantu calon-calon peperiksaan dan para ibu bapa membuat persiapan diri dari segi rohani dan mental untuk menghadapi peperiksaan UPSR yang bakal menjelang tidak lama lagi. Semoga usaha ini bukan sahaja memberi manfaat kepada para calon, malah memberikan imej yang positif kepada UTMKL secara keseluruhannya sebgai sebuah institusi pendidikan tinggi yang mesra komuniti.