ASEAN Youth Volunteer Programme (AYVP), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di bawah naungan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia, dengan kerjasama U.S Agency for International Development (USAID) dan Sekretariat ASEAN akan menganjurkan program The Development of ASEAN Youth DRR Leaders pada 1 hingga 26 Ogos 2017 di Bandung, Indonesia. Program ini akan melibatkan 50 sukarelawan belia berumur 18 hingga 30 tahun yang terpilih dari Malaysia dan negara-negara ASEAN. Bagi tahun ini, Universiti Kebangsaan Malaysia akan bekerjasama dengan Institut Teknologi Bandung (ITB), Indonesia, yang merupakan ahli ASEAN University Network (AUN).
Untuk makluman YBhg. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan, program ini berpaksikan ilmu, aktiviti keterlibatan masyarakat dan semangat kesukarelawan yang berkaitan tema Pengurangan Risiko Bencana (Disaster Risk Reduction – DRR). Pada minggu pertama, sukarelawan belia akan menghadiri bengkel persediaan dan seterusnya melaksanakan aktiviti keterlibatan masyarakat pada minggu kedua dan ketiga. Manakala pada minggu terakhir, sukarelawan belia akan menghadiri bengkel yang berkaitan pelaksanaan projek-projek komuniti berkaitan DRR. Untuk maklumat lanjut, boleh layari ke laman sesawang www.ayvpukm.com.my dan poster program seperti yang dilampirkan.
Sehubungan itu, kepada mereka yang berminat untuk menyertai program ini, permohonan boleh dibuat secara atas talian di http://form.ayvpukm.com.my/