KUALA LUMPUR ; 27 SEPTEMBER 2018 – Bersempena dengan Bulan Kesihatan Mental, Pusat Kaunseling UTM Kuala Lumpur dengan kerjasama Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN), Pusat Islam, Unit OSHE, Pusat Kesihatan, PERSIS dan AKRAB UTMKL telah menganjurkan Program UNISAFE 2018 kepada komuniti sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Program berbentuk bengkel selari ini bertujuan untuk membantu komuniti memahami isu dan maklumat berkenaan isu semasa kesihatan emosi, mental, fizikal dan kesejahteraan kehidupan seharian. Pusta Kaunseling juga mengambil inisiatif awal untuk membantu meningkatkan kesedaran kesihatan dan keselamatan psikologi di tempat kerja bagi kesejahteraan kehidupan mental yang sihat. Program ini dijalankan secaraa percuma kepada komuniti sekitar yang menyertai.
Program ini telah dirasmikan oleh Prof Dr. Shamsul Shahibuddin, Pro Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia, Kampus Kuala Lumpur. Turut sama menghadiri majlis perasmian program ini adalah Dr. Zulfikar Ahmad, Pengarah Pusat Kaunseling UTM. Program bengkel selari ini dijalankan di dua tempat berlainan iaitu Dewan Tan Sri Ainuddin Wahid dan Dewan Juma’ah pada waktu yang sama. Selain daripada ceramah-ceramah dari pelbagai agensi, program UNISAFE juga memberi peluang kepada komuniti untuk membuka gerai jualan dan persatuan food truck sekitar lembah klang untuk menjana pendapatan. Selaras dengan Bulan Kesihatan Mental, pihak penganjur juga telah menyediakan booth pameran dari pelbagai agensi dan peserta juga boleh menderma darah dari wakil yang dijemput.
Program ‘UTM Community Engagement’ akan dilaksanakan secara bersiri pada setiap bulan. Justeru itu, kepada warga kampus UTMKL yang berhasrat untuk menjalin sinergi dengan pihak CCIN, penglibatan bersama amatlah digalakkan.