29 Mac 2015 |Â UTM Johor Bahru – Minat terhadap Industri Kecil dan Sederhana (IKS) telah meningkat sejak kebelakangan ini. Usahawan IKS mengendalikan dan menguruskan pelbagai perniagaan dan menyumbang kepada ekonomi negara. Secara umumnya matlamat membangunkan IKS adalah untuk memulihkan masalah pengangguran, meningkatkan kadar pertumbuhan pendapatan per kapita, pengagihan pendapatan seimbang dan meningkatkan kestabilan ekonomi.
Berasaskan matlamat ini, pembangunan IKS sering diberikan keutamaan yang tinggi. Walaupun aktiviti IKS adalah sama dengan aktiviti perniagaan lain, sejak beberapa tahun ini aktiviti perniagaan IKS memerlukan perubahan dilakukan agar lebih kompetitif. Perubahan yang paling ketara adalah dari segi pemasaran (marketing), pembungkusan (packaging), penjenamaan (branding), penyampaian (presentation) dan khidmat pelanggan (customer service).
Program Seminar Antarabangsa Industri Kecil dan Sederhana Johor- Riau ini akan diadakan pada 29 – 30 Mac 2016, yang melibatkan usahawan IKS ini bertujuan untuk membincangkan perubahan yang perlu dilakukan dalam pemasaran, pembungkusan, penjenamaan, penyampaian dan khidmat pelanggan dalam industri IKS. Program ini akan dijalankan dalam bentuk seminar, lawatan tapak perniagaan dan bengkel pemantapan. Peserta akan didedahkan dengan pengurusan Housekeeping yang meliputi kebersihan dan kesihatan, kemahiran dalam perhubungan, pembungkusan dan penjenamaan, pengurusan kewangan dan pembinaan jaringan menerusi media sosial. Program akan menampilkan usahwan-usahawan IKS yang telah berjaya dalam perniagaan mereka. Program ini turut membawa pengkaji usahawan IKS dan peserta daripada negara Indonesia. Industri yang diberikan tumpuan dalam program ini adalah pengurusan sisa kanji, nenas dan madu kekukut.
Lawatan tapak perniagaan adalah seperti berikut :-
- Institut Pembangunan Bioproduk UTM JB ( Madu Kelulut )
- Kampung Parit Puteri Menangis, Benut, Pontian ( Pinapaper & Inap Desa )
- Azhar Food Manufacturing, Rengit, Batu Pahat ( Pengurusan Sisa Kanji )