JOHOR BAHRU, 11 Okt. — Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah berjaya memecahkan rekod penganjuran program peringkat kebangsaan dalam talian melalui program yang berkaitan dengan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik iaitu STEM City 2021.

Program yang dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar-pelajar diploma UTM tersebut diketuai oleh Pengarah STEM City 2021, Saudari Anushka Roshni Sivakumar.

Ianya bermatlamat untuk menarik minat para pelajar kepada kursus yang berkaitan dengan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) ke arah mencapai sasaran 60:40 Sains: Bukan Sains melalui Dasar Pendaftaran Sains dan Teknologi Kebangsaan.

Program yang berlangsung selama 9 hari bermula 2 Oktober 2021 hingga 10 Oktober 2021 tersebut dijalankan bagi memenuhi keperluan syarat kursus UKQF2102 Literasi STEM.

STEM City 2021 yang turut disokong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini telah menawarkan lebih 30 aktiviti dan berjaya mencatatkan 17,702 penyertaan dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah di Malaysia menerusi laman Facebook and YouTube STEM City 2021.

Gambar 1: Majlis pembukaan STEM City 2021 yang dirasmikan oleh Prof. Ts. Dr. Abd. Latif Saleh, Pro Naib Canselor UTM pada 2 Oktober 2021

STEM City 2021 bukan sahaja memperkenalkan kepentingan STEM kepada pelajar sekolah rendah dan menengah, malah menggalakkan pengetahuan praktikal mengenai Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik sebagai subjek STEM yang responsif.

Penyampaian bengkel ceramah interaktif secara atas talian kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah dalam dwi bahasa menjadikannya jelas dan mudah bagi peserta untuk memahami dan berinteraksi dengan pengajar dan fasilitator dalam kalangan pelajar kursus UKQF2102 menerusi FB Live and YouTube yang dianjurkan.

Selain aktiviti-aktiviti di bawah tema “Sciencetastic Sixe”, “Roblox Build n’ Play”, “Tensegrity Structure” dan “The Math Menu”, STEM City 2021 turut menganjurkan ceramah industri berkaitan STEM yang disampaikan oleh pakar-pakar dari industri yang mewakili The Institution of Engineering and Technology (IET) Malaysia Local Network, Women Engineers Section (WE) The Institution of Engineers, Malaysia (IEM), The Institution of Electrical and Electronics Engineers (IEEE) Malaysia KL Subsection dan UTM Ocean Thermal Energy Centre (OTEC).

Gambar 2: Sedutan “The Math Menu” dari laman Facebook yang disampaikan oleh pelajar diploma UTM yang mengambil kursus UKQF2102 Literasi STEM

Gambar 3: Sedutan dari YouTube Live “Roblox Build n’ Play” yang yang disampaikan oleh pelajar diploma UTM yang mengambil kursus UKQF2102 Literasi STEM

Gambar 4: Ceramah industri yang disampaikan oleh jurutera mekanikal mewakili The Institution of Engineering and Technology (IET) Malaysia Local Network

Majlis penutup telahpun berlangsung pada 10 Oktober 2021 dan dirasmikan oleh Prof. Dr. Mohd Shafry Mohd Rahim, Pengerusi Institut Siswazah Tersedia Kehidupan (UTM iLeaGue) yang menyatakan hasrat agar program-program STEM seperti ini wajar diteruskan pada setiap semester sebagai sebahagian daripada kursus UKQF 2102 Literasi STEM bagi mempertingkatkan kemahiran para graduan yang tersedia kehidupannya.

Gambar 5: Majlis penutup STEM City 2021 yang dirasmikan oleh Prof. Dr. Mohd Shafry Mohd Rahim, Pengerusi Institut Siswazah Tersedia Kehidupan (UTM iLeaGue) pada 10 Oktober 2021
Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index