Theme: Health & Wellness

Sukacita dijemput tuan/puan ke program UTM ICC berikut pada hari Ahad, 14 Disember 2014 di Auditorium IBD, UTM Johor Bahru bagi memperkenalkan teknologi-teknologi bio dan herba asli UTM di mana kami akan berkongsi maklumat berkenaan lebih dari 12 produk bio UTM IBD yang akan memberi pelbagai peluang kepada ‘business matching’, meluaskan jaringan produk dagangan, lawatan ke “IBD Plant”, peluang pelesenan teknologi, perkhidmatan bioproduk dan pelbagai peluang francais dan yang berkaitan dengannya. Pelbagai produk asli Universiti seperti tongkat ali, kacip fatimah, minyak kelapa dara juga boleh diperolehi dengan harga istimewa ketika program ini.

Untuk tujuan promosi teknologi ini, kami hanya mengenakan caj minima sebanyak RM200 bagi pendaftaran 3 orang peserta ataupun RM80 untuk seorang peserta bagi Forum 1 hari ini. Pembayaran perlu dilakukan dengan kadar segera atau selewat-lewatnya pada 10 Disember 2014. Berikut adalah kaedah pembayaran. Dipohon tuan/puan untuk mendaftar segera ke emel conference@icc.utm.my kerana tempat adalah terhad.

Bank : CIMB Berhad
No Akaun : 0118 – 000000 – 1051
Nama Akaun : Bendahari UTM
Bukti Pembayaran : emelkan resit pembayaran “Tech. Transfer Showcase” dan bukti ‘transaction details’ kepada conference@icc.utm.my

Untuk makluman, negeri Johor mempunyai pelbagai tarikan dan lokasi pelancongan menarik seperti UTM Eco-Tourism, Legoland, Hello Kitty, Tanjung Piai, UTM Scholar’s Inn, berhampiran dengan Universal Studio Singapore dan lain-lain lokasi menarik untuk aktiviti sampingan. Sekian, maklumbalas segera tuan/puan amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Salam hormat,
Zarina Md.Yassin
Manager (Innovation Point Unit)
UTM Innovation & Commercialisation Centre
Technovation Park, UTM JB
Tel : 07-5591504, 5591520
W : www.icc.utm.my FB: UTM Innovation & Commercialisation Centre
Email : conference@icc.utm.my, zarina@icc.utm.my

 

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index