PAGOH, 12 Feb. – Bandar Universiti Pagoh bersedia untuk menjadi lokasi kepada Program Karnival Lestari Muar 2023 pada 18 Mac 2023 (Sabtu). Karnival ini akan berlangsung pada jam 9.00 pagi di Dewan Serba Guna Hab Pendidikan Tinggi Pagoh.
Ini adalah satu peluang keemasan untuk orang awam, termasuk pelajar sekolah, mahasiswa Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, Kolej Vokasional, Kolej Komuniti, sekitar Daerah Muar Johor untuk bersama-sama mempromosikan gaya hidup lestari dan membantu memelihara alam sekitar.
Program Karnival Lestari Muar 2023 dianjurkan bersama oleh Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), Majlis Perbandaran Muar (MPM), Pengurusan Bandar Universiti Pagoh (BUP), Pejabat Pendidikan Daerah Muar (PPD), Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN-UTM), Seksyen Projek Khas (SPK) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP), Kolej Vokasional Pagoh, dan beberapa pengusaha holtikultur Daerah Muar.
Mesyuarat penyelarasan karnival bersama rakan kolaborasi dipengerusikan oleh Dr. Norliza Mohd Isa, Ketua Projek Living Laboratory LAvila - UTM Kampus Pagoh
Karnival ini akan menampilkan pelbagai aktiviti yang menarik dan bermanfaat seperti bengkel pertanian, pertandigan rekacipta replika bahan terbuang, jualan bunga dan tanamah hortikultur, pameran produk organik, demonstrasi penanaman terrarium dan lain-lain. Terdapat juga pelbagai permainan kanak-kanak yang menarik serta jualan makanan dan minuman yang akan memeriahkan lagi acara.
Penyertaan ke dalam Program Karnival Lestari Muar 2023 adalah percuma dan terbuka kepada semua orang. Penganjuran program ini secara tidak langsung adalah satu peluang yang baik kepada orang ramai untuk mengetahui lebih lanjut mengenai gaya hidup lestari serta membantu memelihara alam sekitar.
Research Ecosystem
University Teknologi Malaysia UTM Nexus

Higher Institution Center of Excellence (HI-COE)

AMTEC INV WCC

Research Institute

IFE RISE IVESE ISI-SIR IHUMEN ISIIC

Center of Excellence (COE)

IVAT IFOG CAIRO CEE CACM ICA IBD

Service Entity

RMC UTM PRESS CCIN ICC PPMU UTM-ISI

DVCRI Office

Johor Bahru Kuala Lumpur DVCRI Profile

Get the latest news and events.

Share your thoughts.