Kedai Amal (UTM Care Charity Shop) diwujudkan hasil cadangan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan (JPU) UTM Bil.23/2017 pada 23 Oktober 2017. Kedai ini merupakan salah satu daripada Tanggungjawab Sosial Universiti (University Social Responsibility) kepada komuniti. Ia adalah satu usaha murni yang digerakkan oleh universiti sebagai kedai kebajikan atau kedai berjimat cermat selain membina reputasi kukuh hubungan libatsama komuniti dengan masyarakat sekitarnya. Selain daripada itu, ia bertujuan untuk meningkatkan kemahiran insaniah mahasiswa dalam bidang keusahawanan.
Golongan sasar yang membeli adalah pelajar di bawah kategori B40 yang mewakili 50% daripada jumlah keseluruhan mahasiswa UTM selain staf dan komuniti sekitar yang berpendapatan rendah.
Seterusnya, pendapatan hasil daripada jualan barangan yang disumbangkan akan dikembalikan kepada golongan sasar bagi tujuan kebajikan melalui endowmen dan wakaf UTM.
Bentuk barangan sumbangan adalah terdiri daripada pelbagai barangan boleh guna seperti berikut :
1.1.1 Makanan dan minuman asasi seperti beras, minyak, tepung, gula, garam dan sebagainya.
1.1.2 Barangan khidmat diri seperti sabun basuh, sabun mandi, berus gigi, syampu, berus basuh dan sebagainya.
1.1.3 Pakaian seperti baju, seluar, tuala, beg, tali pinggang, kasut dan sebagainya.
1.1.4 Barangan cenderamata seperti key-chain, topi, fridge magnet dan sebagainya.
1.1.5 Buku dan peralatan tulis seperti pensel, pen, pembaris, kalkulator dan sebagainya.
1.1.6 Barangan kosmetik seperti bedak, minyak wangi, perfume, gincu dan sebagainya.
1.1.7 Barangan keperluan harian seperti pinggan, mangkuk, dan sebagainya
Kedai amal ini bakal didirikan di Bangunan SUB, bersebelahan dengan Pejabat Pos UTM iaitu lokasi strategik pelajar dan staf juga komuniti luar.
Kami amat mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk memberi sumbangan berbentuk barangan ataupun bagi tujuan pembinaan kedai amal.
Kami boleh dihubungi di 07-5537556.