Guna Aplikasi GeoTrees hasil penyelidikan UTM

Setelah hampir dua tahun pelbagai aktiviti dan program fizikal terpaksa ditangguhkan akibat penularan wabak Covid-19, pada 29 Mac 2022 yang lalu, UTM-JPNJ telah menganjurkan Program Penanaman Pokok sempena ‘Kempen Penghijauan Malaysia 100 Juta Pokok’ yang telah diadakan di Sireh Park Iskandar Puteri, Nusajaya.

Dengan sokongan dan kerjasama daripada Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), UTM Campus Sustainability (UTMCS), UTM Centre for Community and Industry Network (UTMCCIN), Kelab Riverdale Kolej Rahman Putra, Jabatan Perhutanan Negeri Johor, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dan The Nusajaya Natural Heritage Trust, Sireh Park Iskandar Puteri, program kempen Fasa 1 yang dianjurkan oleh Living Lab UTM-Jabatan Perhutanan Negeri Johor (UTM-JPNJ) berjaya menarik minat penglibatan seramai 136 orang sukarelawan terdiri daripada 76 staf dari pelbagai PTJ dan 60 pelajar UTM.

Program penanaman pokok ini dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, YB Tuan Haji Pandak bin Ahmad diiringi oleh Dekan Fakulti Alam Bina dan Ukur, Prof. Dr. Kherun Nita Ali dan Pengarah UTMCS, Prof. Ir. Ts. Dr. Mohd. Fadhil Bin Md Din.

Selaras dengan Kempen Penghijauan Malaysia 2021-2025 yang dianjurkan oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, dengan sasaran 100 juta pokok ditanam di seluruh negara dan bagi mengekalkan 50% litupan kawasan hijau di Malaysia, pelaksanaan program ini diharap dapat meningkatkan kesedaran, penglibatan dan pemahaman orang ramai (khususnya komuniti UTM) tentang peranan setiap individu dalam pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan hijau.

Selain itu, pihak penganjur yakin penganjuran program ini akan semakin mengukuhkan aktiviti kerjasama dengan JPNJ di bawah Living Lab UTM-JPNJ dan entiti-entiti lain (MBIP dan The Nusajaya Natural Heritage Trust, Sireh Park) selari dengan visi dan misi AIM4STAR bagi mewujudkan jaringan dan libatsama industri, agensi kerajaan dan komuniti dalam pemindahan ilmu (knowledge transfer), penyelidikan dan pengkomersilan.

Sebelum program penanaman bermula, satu sesi taklimat penanaman telah diberikan oleh pegawai JPNJ berkenaan zon dan kaedah penanaman yang melibatkan laluan mountain bike trail sepanjang 240 meter dan 250 pokok pelbagai spesies.

Sementara itu, bagi memastikan pokok-pokok yang ditanam dapat dijejak dan dipantau, Ketua Inovasi UTM GeoTrees, Sr. Gs. Dr. Nurul Hawani Idris dari kumpulan Penyelidikan TropicalMap, FABU telah berkongsi inovasi aplikasi GeoTrees untuk merekod pokok-pokok yang telah ditanam.

Inovasi penyelidikan UTM, GeoTrees dibangunkan dalam bentuk aplikasi dan web berfungsi merekodkan pangkalan data inventori penanaman pokok, pemantauan, dan penilaian pertumbuhan pokok.

Aplikasi GeoTrees ini telah digunakan dan memberi manfaat kepada pelbagai kumpulan dan lapisan sukarelawan di seluruh negara, sama ada pelajar sekolah dan universiti, industri, mahupun orang awam dalam merekodkan inventori pokok yang ditanam menggunakan aplikasi mudah alih dan kod QR yang unik pada setiap pokok mereka.

Selain 250 inventori pokok di Sireh Park Iskandar Puteri ini yang berjaya direkodkan dalam program tersebut, UTM GeoTrees telah berjaya merekodkan lebih 3,000 inventori pokok dalam platform UTM GeoTrees melibatkan pelbagai program anjuran UTM bersama Wancorp, Jungle Ambassador, Treevolution dan lain-lain (layari http://www.geotrees.utmgeo.com).

Antara sukarelawan daripada UTM yang telah menyertai program penanaman.

YB Tuan Haji Pandak bin Ahmad dan Dekan Fakulti Alam Bina dan Ukur, Prof. Dr. Kherun Nita Ali semasa perasmian program penanaman.

Sukarelawan dan sekretariat mengambil gambar kenangan.

Pokok yang ditanam ditag menggunakan kod QR dan direkod menggunakan aplikasi GeoTrees.

Semasa aktiviti penanaman dijalankan.

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index