Sangat berbangga kerana hari ini wakil Malaysia berjaya mendapat tempat kedua untuk ketegori Skill Challenge di Junior Category, School Robot Challenge, Trial Competition 2017 sempena World Robot Summit di Tokyo, Jepun.
Mereka terdiri daripada :-
1) Hafiz Maznan, 16 tahun dari SMK Padang Tembak
2) Muhammad Hariz Mohamad Tarmidzi, 14 tahun dari SMK Aminuddin Baki
3) Kishan Kumar V. Siva Kumar, 16 tahun dari St. John Institution
4) Danial Faiz Mokhtar, 16 tahun dari SMK Padang Tembak
dan telah diketuai oleh Syed Uthman Affan bin Syed Abdul Halim dari Drabot.
Video latihan mereka di Jepun:
https://www.youtube.com/watch?v=VcyuBXj37lk
https://www.youtube.com/watch?v=gOoHVI71pFM
Video pertandingan (maaf kualiti tak berapa baik):
https://www.youtube.com/edit?o=U&video_id=es-XhMM5trg
Gerak kerja untuk menubuhkan pasukan robotik yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah telah dilakukan oleh Dr. Mohd Azizi Abdul Rahman dari MJIIT-UTM dengan kerjasama Pn. Ramona Abd. Rahim dari CCIN, UTM sejak awal Jun 2017.
Drabot melalui CEO – Dafizal Derawi telah diberi amanah untuk menjadi rakan teknikal dan bersama-sama memilih pelajar sekolah yang layak untuk dibentuk satu pasukan yang kuat bagi menyertai bengkel dan pertandingan percubaan di Jepun pada 2 – 6 Ogos 2017.
Maka pertandingan tertutup telah dianjurkan pada 7 Julai 2017 di UTM Kuala Lumpur dan ketika itu hanya 4 orang pelajar yang layak setelah mengharungi 3 fasa pertandingan. Akhirnya, mereka ini berjaya mengharumkan nama Malaysia di Jepun.
InsyaAllah tahun depan kita Malaysia adalah JUARA dan terus menjadi JUARA sehingga pertandingan kemuncak pada 2020 di Tokyo, Jepun.
Sekadar informasi, Australia adalah juara untuk tahun 2017.
Tahniah Malaysia!! Tahniah UTM!! Tahniah Drabot!! Tahniah semua sekolah terlibat!! Tahniah semua pihat yang terlibat!!
Nota: 3 daripada mereka adalah ahli Drabot Community :- Hafiz, Kishan, dan Uthman
sumber :-
fb rasmi Drabot