Dana AIMS4STAR

“INDUSTRY AND COMMUNITY NETWORKING
PROGRAM”

 

OBJEKTIF
  1. Sebagai dana permulaan (seed money) kepada penyelidik untuk memulakan jaringan libatsama komuniti dan industri.
  2. Sebagai dana kepada Fakulti, Sekolah, Institut dan Pusat Kecemerlangan untuk menganjurkan program yang menyokong peningkatan dan pengukuhan hubungan libatsama komuniti dan industri.
  3. Sebagai galakan dan insentif kepada penyelidik untuk memulakan jaringan dan kolaborasi dengan industri, agensi kerajaan dan komuniti bagi menjalankan Program Pemindahan Ilmu (Knowledge Transfer Program), Kontrak Penyelidikan, Pengkomersilan dan Perkhidmatan Profesional yang memberi impak kepada komuniti dan mempunyai nilai komersial.
  4. Sebagai platform untuk membantu penyelidik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mendapatkan geran luar daripada industri atau agensi yang memerlukan sumbangan Universiti untuk menjayakan pencapaian pelaksanaan Program Pemindahan Ilmu, Kontrak Penyelidikan, Pengkomersilan dan Perkhidmatan Profesional bersama komuniti dan industri.
SYARAT KHUSUS
  1. Pemohon mestilah terdiri daripada staf Universiti (terbuka kepada staf Akademik dan PPP)
  2. Permohonan hendaklah disokong oleh Fakulti
SYARAT PERMOHONAN
  1. Program yang dianjurkan perlu bersifat sinergi melibatkan kepakaran dan penglibatan Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang pelbagai di UTM.
  2. Program atau aktiviti yang dianjurkan perlu melibatkan jaringan bersama pihak berkepentingan seperti Industri, Jabatan / Agensi Kerajaan atau Komuniti.
  3. Jenis program yang layak dipertimbangkan adalah :
    • Research product showcase
    • Workshop
    • Roundtable discussion
TEMPOH PROGRAM
  1. Tempoh program tidak melebih  2 hari
PERUNTUKAN DAN PERBELANJAAN

Peruntukan

Amaun yang    dibenarkan    untuk    setiap    permohonan   bagi menganjurkan Program adalah tidak melebihi RM5,000

Panduan Perbelanjaan

  • Perbelanjaan hanya dibenarkan untuk perkara berikut sahaja ;

Vot 21000

    1. Perjalanan dan Pengangkutan
    2. Perbelanjaan merangkumi semua perjalanan dan pengangkutan domestik yang berkaitan dengan projek. Perjalanan dan pengangkutan bagi tujuan menghadiri persidangan dan yang berkaitan (selain daripada anjuran sekretariat) dalam negara dan luar negara adalah TIDAK dibenarkan.

Vot 29000

    1. Perkhidmatan Ikhtisas
    2. Vot ini meliputi lain-lain perkhidmatan termasuk percetakan, hospitaliti, honorarium, penggunaan komputer, pemprosesan data dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan dengan program.
  • Walaubagaimanapun, amaun akhir yang diluluskan adalah tertakluk kepada pihak Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN).

     

     

    OUTPUT PROJEK
    1. Informasi lengkap jaringan yang telah dibina bersama Industri, Jabatan / Agensi Kerajaan atau Komuniti perlu dilaporkan di dalam sistem “UTM Industry Engagement System” (ICES).
    2. MOU/MOA/LOC diwujudkan untuk kesinambungan dan kelestarian jaringan yang telah diadakan.

    Muat Turun Borang

    PERMOHONAN DI BUKA SEPANJANG TAHUN

    HANTAR BORANG PERMOHONAN DI SINI

    Penghantaran borang permohonan dana AIMS4STAR boleh di buat secara atas talian melalui pautan diatas

    Research Ecosystem
    Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

    Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

    DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

    Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

    Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

    Research Institute

    Centre of Excellence (COE)

    Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

    Service Entity

    Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

    Get the latest news & events

    Customer Satisfaction Index