ANUGERAH KETERLIBATAN INDUSTRI 2017
Pengiktirafan dan penghargaan kepada warga UTM yang telah bekerjasama secara aktif dengan industri dalam aktiviti-aktiviti berkaitan pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan (semua staf akademik dan dan staf bukan akademik). Aktiviti-aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk menyumbang ke arah peningkatan kebolehpasaran graduan, perolehan dana, penyelidikan dan inovasi serta penonjolan kekuatan akademik UTM.
HADIAHÂ :
- WANG TUNAI RM1,000.00 berserta Trofi dan Sijil
SYARAT PERMOHONANÂ :
- Pencalonan dibuka kepada semua staf akademik dan pentadbiran UTM.
- Pencalonan boleh dibuat berdasarkan :
- pencalonan diri sendiri
- pencalonan oleh individu lain
- pencalonan PTJ
- BORANG PENCALONAN (muat turun)
- Calon hendaklah mengisi borang penyertaan Anugerah Keterlibatan Industri dan perlu mendapat perakuan dari Ketua Jabatan/PTJ masing-masing.
- Calon yang diperaku mestilah giat dalam aktiviti-aktiviti yang melibatkan industri samada dalam penyelidikan, akademik atau perkhidmatan.
- Pencalonan adalah berdasarkan aktiviti keterlibatan industri yang dijalankan pada tahun  2016 dan 2017 sahaja.
- Penganugerahan/penghargaan yang diterima dari mana-mana pihak merupakan satu kelebihan kepada calon.
- Setiap penyertaan perlu disertakan dengan bahan bukti seperti keratan/salinan media cetak, rakaman, laman web, sijil, surat dan lain-lain.
TARIKH TUTUPÂ :
- 8 MAC 2018 (KHAMIS)
SEGALA PERTANYAAN SILA HUBUNGI :
Urusetia
ANUGERAH KETERLIBATAN INDUSTRI 2017
Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN)
Pn. Salina Muhamad
Emel: salina.kl@utm.my
Tel: 07-5537819
https://research.utm.my/ccin