DANA KHAS FAKULTI-

INSENTIF JARINGAN AGENSI DAN NGO

Sebagai dana Insentif kepada penyelidik untuk memulakan aktiviti libatsama komuniti dengan penglibatan rakan kolaborasi (Non Government Organization, agensi kerajaan).

Objektif

Dana ini bertujuan:

  1. Sebagai dana Insentif kepada penyelidik untuk memulakan aktiviti libatsama komuniti dengan penglibatan rakan kolaborasi (Non Government Organization, agensi kerajaan) .
  2. Sebagai dana kepada Fakulti, Sekolah, Institut dan Pusat Kecemerlangan untuk menganjurkan program yang menyokong peningkatan dan pengukuhan jaringan bersama rakan kolaborasi (Non Government Organization, agensi kerajaan) .
  3. Sebagai platform untuk menggalakkan penyelidik untuk terlibat dengan aktiviti-aktiviti komuniti dalam bidang sosial, ekonomi & kebudayaan bersama agensi kerajaan dan NGO berdaftar (pautan semakan NGO berdaftar: http://gg.gg/NGOberdaftar)

Definisi Badan Bukan Kerajaan (NGO): Badan atau pertubuhan sukarela yg bergerak dlm bidang sosial, ekonomi, kebudayaan dsb dgn matlamat dan fungsi­nya yg tertentu (Sumber: DBP).

Syarat Khusus

  1. Pemohon mestilah terdiri daripada staf Universiti (terbuka kepada staf Akademik dan PPP)
  2. Permohonan hendaklah disokong oleh Fakulti/pengarah PTJ/ketua jabatan

Syarat Permohonan

  1. Program yang dianjurkan digalakkan bersifat sinergi melibatkan kepakaran dan penglibatan Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang pelbagai di UTM.
  2. Program komuniti yang telah/sedang dilaksanakan dan masih AKTIF pada tahun semasa.
    Program atau aktiviti yang dianjurkan perlu melibatkan jaringan bersama rakan kolaborasi (Non Government Organization, agensi kerajaan).
  3. Jenis program yang layak dipertimbangkan adalah :
    • Program Pemindahan Ilmu
    • Program Pemindahan Teknologi/ Inovasi
      University Social Responsibility (USR)

Tempoh

Bergantung kepada tempoh program

Amaun & Urus Tadbir Kewangan

  1. Amaun yang dibenarkan untuk setiap permohonan bagi menganjurkan Program adalah tidak melebihi RM5,000.
  2. Agihan perbelanjaan dana adalah digalakkan 60 peratus bagi kos pelaksanaan aktiviti komuniti seperti bayaran makan dan cenderahati peserta, bahan program manakala 40 peratus untuk kos pengurusan seperti perjalanan dan penginapan.
  3. Kaedah bayaran adalah secara bayaran balik wang.
  4. Perbelanjaan hanya dibenarkan untuk perkara berikut sahaja;
    • Vot 21000
    • Perjalanan dan Pengangkutan
    • Perbelanjaan merangkumi semua perjalanan dan pengangkutan domestik yang berkaitan dengan projek. Perjalanan dan pengangkutan bagi tujuan menghadiri persidangan dan yang berkaitan (selain daripada anjuran sekretariat) dalam negara dan luar negara adalah TIDAK dibenarkan
    • Vot 29000
    • Perkhidmatan Ikhtisas
    • Vot ini meliputi lain-lain perkhidmatan termasuk percetakan, makan dan minum, hospitaliti, honorarium, penggunaan komputer, pemprosesan data dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan dengan program.
  5. Walaubagaimanapun, amaun akhir yang diluluskan adalah tertakluk kepada pihak sekretariat CCIN.
    Segala perbelanjaan adalah berdasarkan tuntutan asas melalui pemulangan resit asal kepada pihak sekretariat.

Output

Output program :-

  1. Mendaftar dalam sistem ICESys.
  2. Program Pemindahan Ilmu sekurang-kurang 3-5 bintang (Program KTP sahaja).
  3. Hebahan berita program melalui medium rasmi CCIN.
  4. Laporan akhir keberkesanan program (beserta video dan gambar beresolusi tinggi).

Proses Permohonan

  1. Permohonan perlu dikemukakan kepada Pusat Jaringan Komuniti & Industri (CCIN) dengan melengkapkan Kertas Kerja dan emel ke ccin@utm.my
  2. Kelulusan projek tertakluk kepada keputusan daripada Jawatankuasa Pengurusan CCIN. Permohonan yang telah berjaya akan dimaklumkan oleh CCIN
  3. Projek yang berjaya perlu didaftarkan dengan lengkap di sistem ICESYS (https://icesys.utm.my/).
  4. Program yang telah diluluskan diwajibkan untuk memohon penarafan bintang pada tahun aktif program (sekiranya berkaitan).
Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index