Kelab Simenfero dan Institut Siswazah Tersedia Kehidupan UTM (UTM iLeaGue) telah bersama melaksanakan program pembelajaran servis iaitu bengkel interaktif secara dalam talian.

Bengkel Interaktif ini dilaksanakan bertujuan untuk memperkenalkan teknologi simenfero, memperluaskan pengetahuan serta menunjukkan cara penghasilkan produk kepada masyarakat umum. Selain itu, bengkel juga memberikan banyak manfaat dan pengalaman baharu kepada mahasiswa dalam menjalankan program secara dalam talian.

Bengkel interaktif yang dijalankan bertajuk “Paper ferro fiesta” yang merujuk kepada pengenalan tentang ilmu simenfero dan penghasilan produk simenfero menggunakan teknik paper mache.

Di samping itu, terdapat juga aktiviti menarik yang dilakukan dalam bengkel tersebut. Antara tentatif program yang dijalankan adalah pengenalan tentang teknologi simenfero, pembentangan video produk, galeri video, kuiz dan cabutan bertuah.

Bengkel tersebut disiarkan secara real-time ke Facebook iaitu Kursus Pembelajaran Servis Simenfero pada hari Sabtu, 16 Oktober 2021 pada jam 9.00 pagi sehingga 12.10 tengahari.

Program kali ini masih lagi dilaksanakan secara dalam talian disebabkan situasi wabak covid -19 yang masih belum membenarkan pelajar kembali pulang ke kampus dan melakukan aktiviti program secara bersemuka.

Paper ferro fiesta ini diketuai oleh Pensyarah Simenfero, Prof. Madya Zainudin bin Abdul Razak dan Penolong Pensyarah Ts Mohd Hazri bin Ishak.

Di samping itu, bengkel ini juga turut dibantu oleh Pengarah dan Timbalan Pengarah Simenfero Ghayathri A/P Umasangaran dan Ammar Safwan Bin Amiruddin serta 22 orang mahasiswa dari kursus simenfero UKQF2022 dan UKQA2032 semester 1, 2021/2022.

Jumlah peserta yang melibatkan diri bagi program kali ini ialah 32 orang dan masing-masing telah memperoleh sekeping sijil penyertaan dalam bentuk digital serta hadiah yang mereka menangi semasa kuiz dan cabutan bertuah.

Rakaman bagi bengkel interaktif ini masih boleh ditonton melalui facebook kursus pembelajaran servis simenfero dan penyertaan bagi e-sijil masih dibuka dan berlangsung selama 7 hari dari tarikh program.

Akhir sekali, penganjur berharap agar penyampaian ilmu yang disampaikan dalam bengkel interaktif itu membantu meningkatkan ilmu dan bermanfaat kepada masyarakat.

Rajah 1: Sesi Kuiz Kahoot di Fb Live Kursus Pembelajaran Servis Simenfero
Rajah 2: Perbentangan Video Produk Kertas Mache oleh Ahli Panel
Rajah 3: Sesi Bergambar Dan Penutup Bersama Semua Ahli Kelab Simenfero
Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index