Dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Pendidikan Tinggi melalui  Bahagian Hubungan Industri (BHI) telah membuka permohonan dana  Projek Inisiatif Kerjasama Universiti, Program Transformasi Luar Bandar (RTP).  RTP bertujuan untuk mentransformasikan kawasan luar bandar supaya mampu menarik pelaburan swasta, menyediakan peluang pekerjaan dan kegiatan ekonomi serta menggalakkan generasi muda kembali berkhidmat.

Dana Program Transformasi Luar Bandar (PTLB) adalah dibawah National Blue Ocean Strategy 4 – Inisiatif Kerjasama Universiti telah dibuka sehingga 21 Julai 2016 menawarkan permohanan dana melalui Projek Komuniti, Educate Malaysia dan Health for Malaysia. Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN)  merupakan penyelaras kepada permohonan dana PTLB daripada warga UTM. Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan Borang Cadangan Projek Inisiatif Kerjasama Universiti, dan Garis Panduan NBOS (Evaluation Questions) untuk makluman dan tindakan YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan selanjutnya.

Semua cadangan projek perlu memberi fokus kepada masyarakat luar bandar dengan outcome dan impak selari dengan prinsip NBOS seperti berikut:

  1. HIGH IMPACT (BERIMPAK TINGGI)
    Program/Projek yang dicadangkan memberi kesan/keberhasilan yang tinggi kepada kumpulan sasar.
  2. LOW COST  (KOS RENDAH)
    Kos untuk melaksanakan projek/program adalah lebih rendah berbanding dengan penggunaan kaedah konvensional/tradisional yang lazim diamalkan.
  3. RAPID EXECUTION (PELAKSANAAN PANTAS)
    Projek/Program boleh dilaksanakan dengan kadar segera dan impak daripada projek/program boleh dicapai dengan pantas.
  4. SUSTAINABLE (MAPAN)
    Projek/Program mampu dilaksanakan secara berterusan oleh kumpulan sasar.

Permohonan adalah dibuka kepada ahli akademik universiti dengan menggunakan borang  Cadangan Projek Inisiatif Kerjasama Universiti, Program Transformasi Luar Bandar, NBOS4 yang dilampirkan. Semua permohonan perlu ditulis di dalam Bahasa Malaysia dan sampai ke CCIN selewat-lewatnya pada 21 Julai 2016 Jam 5.00 petang menggunakan email rasmi CCIN :  ccin@utm.my. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh terus dimajukan kepada  Pn Siti Nur Farhana  di talian 37884/37556 (Pejabat Am).

Prof. Madya Dr. Nur Naha Abu Mansor,
Director / Ketua Sekretariat IISJ
Centre for Community and Industry Network (CCIN),
Office of DVC (Development)
Universiti Teknologi Malaysia,

81310 Skudai, Johor

Office   :  +607-5538002

 

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index