Bulan Ramadan menjanjikan ganjaran yang besar dan amat berharga kepada seluruh Umat Islam, khususnya dalam melaksanakan amal jariah dan kebajikan kepada masyarakat secara berterusan.

Bersempena dengan bulan yang mulia ini, Yayasan Budi Ihsan Malaysia (YBIM) UTM melalui Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM Kuala Lumpur telah mengadakan Majlis Pelancaran Program Free Meals on Wheels dan Program Juadah Syawal 1001 Asnaf di Menara Razak, UTM Kuala Lumpur pada 8 April 2022 (Jumaat), bersamaan 6 Ramadhan 1443H.

Projek Free Meals on Wheels dan Program Juadah Syawal 1001 Asnaf merupakan hasil kerjasama strategik antara YBIM dan UTM serta industri dalam menyokong saranan kerajaan mengadaptasi inspirasi dari konsep Keluarga Malaysia yang telah diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, di mana program-program ini diwujudkan untuk memberi manfaat kepada golongan asnaf dan fakir miskin.

TDC Holdings sebagai industri dan penaja utama projek,  telah menyumbang sebanyak RM 162,697.00,   di samping RM5,526.00 sumbangan dari warga UTM telah dikumpul melalui Unit Endowmen UTM, bagi program tersebut.

Menerusi projek ini, kepakaran sedia ada di UTM dimanfaatkan demi memenuhi keperluan masyarakat yang sejajar dengan Sustainable Development Goals (SDGS) dan Dasar Komuniti Negara.

Pek Juadah Bebuka Puasa dari Trak Makanan (Free Meals on Wheels (FMOW) Food Truck)  telah diagihkan kepada seramai empat puluh (40) pelajar dan staf Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM Kuala Lumpur, sempena majlis tersebut.

Program FMOW akan diteruskan di bebarapa lokasi bersama golongan asnaf di Lembah Klang, sepanjang Ramadhan ini.

Barisan pengurusan Yayasan Budi Ihsan Malaysia serta Kumpulan Penyelidik UTM yang terlibat dalam projek ini.
Ybrs Dato’ Rosli Atan bersama Pro-Naib Canselor melakukan simbolik pelancaran sambil mempersembahkan food truck FMOW kepada khalayak umum.
Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index