DANA

PROGRAM UNIVERSITY SOCIAL RESPONSIBILITY (USR)

KELAB / PERSATUAN PELAJAR

Memberi peluang kepada program pelajar (kelab atau persatuan pelajar) dalam meningkatkan hubungan dan libatsama yang positif bersama komuniti.

Objektif

  1. Memberi peluang kepada program pelajar (kelab atau persatuan pelajar) dalam meningkatkan hubungan dan libatsama yang positif bersama komuniti.
  2. Memupuk semangat sukarelawan yang kukuh dan berpanjangan dalam memberi sumbangan kepada masyarakat sekitar.
  3. Sebagai galakan kepada pelajar mengaplikasi ilmu yang dipelajari di bilik kuliah kepada komuniti melalui Program Pemindahan Ilmu.

Syarat Umum Permohonan

  1. Program atau aktiviti yang dianjurkan perlu melibatkan jaringan bersama rakan kolaborasi (Non Government Organization, agensi).
  2. Jenis program yang layak dipertimbangkan adalah :
    • Program KTP-Program Pemindahan Ilmu mengikut bidang kebitaraan
    • Program USR-University Social Responsibility (USR)

Kelayakan Permohonan

  1. Pemohon mestilah terdiri daripada wakil kelab atau persatuan pelajar di Universiti Teknologi Malaysia yang BERDAFTAR secara rasmi di bawah Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA).
  2. Permohonan program hendaklah disokong oleh penasihat kelab atau persatuan.
  3. Permohonan program perlulah mendapatkan surat kelulusan daripada HEPA sebelum permohonan dimajukan kepada pihak sekretariat Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN).
  4. Penganjuran program HANYA di dalam negara sahaja.

Tempoh

 Sekurang-kurang 1 hari bergantung kepada tempoh program.

Amaun & Urus Tadbir Kewangan

  1. Jumlah maksima peruntukan yang boleh diluluskan untuk setiap permohonan adalah seperti berikut:
    • Peruntukan sebanyak RM5,000 ke bawah bagi Program Pemindahan Ilmu mengikut bidang kebitaraan penasihat (staf akademik) (Program KTP)
    • Peruntukan sebanyak RM1,000 ke bawah bagi program USR (Program USR)
  2. Agihan perbelanjaan dana adalah digalakkan 60 peratus bagi kos pelaksanaan aktiviti komuniti seperti bayaran makan, cenderahati peserta, dan bahan program manakala 40 peratus untuk kos pengurusan dan pemantauan seperti perjalanan dan penginapan.
  3. Perbelanjaan hanya dibenarkan untuk perkara berikut sahaja;
    • Vot 21000
    • Perjalanan dan Pengangkutan
    • Perbelanjaan merangkumi semua perjalanan dan pengangkutan domestik yang berkaitan dengan projek. Perjalanan dan pengangkutan bagi tujuan menghadiri persidangan dan yang berkaitan (selain daripada anjuran sekretariat) dalam negara dan luar negara adalah TIDAK dibenarkan
    • Vot 29000
    • Perkhidmatan Ikhtisas
    • Vot ini meliputi lain-lain perkhidmatan termasuk percetakan, makan dan minum, hospitaliti, honorarium, penggunaan komputer, pemprosesan data dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan dengan program.
  4. Walaubagaimanapun, amaun akhir yang diluluskan adalah tertakluk kepada pihak sekretariat CCIN.
    Segala perbelanjaan adalah berdasarkan tuntutan asas melalui pemulangan resit asal kepada pihak sekretariat.

Output

Output program :-

  1. Mendaftar dalam sistem ICESys.
  2. Program Pemindahan Ilmu sekurang-kurang 3-5 bintang (Program KTP sahaja).
  3. Hebahan berita program melalui medium rasmi CCIN.
  4. Laporan akhir keberkesanan program (beserta video dan gambar beresolusi tinggi).

Proses Permohonan

Proses permohonan dan pelaksanaan program adalah seperti berikut:

  1. Permohonan perlu dikemukakan kepada Pusat Jaringan Komuniti & Industri (CCIN) dengan melengkapkan Kertas Kerja dan emel ke ccin@utm.my mengikut format yang telah disediakan selewatnya-lewatnya 1 bulan sebelum program dijalankan.
  2. Kelulusan projek tertakluk kepada keputusan daripada Jawatankuasa Pengurusan CCIN.
  3. Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan oleh CCIN selewatnya seminggu sebelum tarikh pelaksanaan program.
  4. Segala bahan promosi dan hebahan program yang diluluskan hendaklah mengandungi logo rasmi CCIN selaku penganjur bersama.
  5. Projek yang berjaya perlu didaftarkan dengan lengkap di sistem ICESYS (https://icesys.utm.my/).
  6. Permohonan Program Pemindahan Ilmu yang telah diluluskan diwajibkan untuk memohon penarafan bintang 3-5 (Program KTP sahaja).
  7. Hebahan berita dan laporan akhir program (beserta video dan gambar beresolusi tinggi) hendaklah dihantar kepada pihak sekretariat CCIN selewat-lewatnya 2 minggu dari tarikh pelaksanaan program.
Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index